W = wadah (MAWADDAH)<--nama saya
A = akal
N = nadi
I = istiadzah
T = taat
A = amanah
heeee...best en makna wanita.
yeah seorang wanita harus ada ciri-ciri tersebut
barulah dy uh btul2 wanita
actually n dpt mse ceramah maulidur rasul ari uh
seorang wanita harus ada wadah (mawaddah) iaitu kasih sayang
=D =D =D
wanita n bnyk kasih syg yg dy ada
kasih pada anak pada suami pada keluarga
amat perlu!
kerana tanpa kasih syg wanita
dunia bergolak
akal pula:
wanita ada 1 akal 9 perasaan
1 akal wanita inila
wanita perlu jaga dan gunakan sbaiknya
"hati wanita di mulut, mulut lelaki di hati"
heee
setiap apa yg dikatakan oleh wanita PASTI lahir dari hatinya
tapi setiap apa yg dibicarakan oleh lelaki,
belum tentu lagi dari hati
malah diragui
kerana kelebihan lelaki adalah bermulut manis
nadi bermakna penggerak
wanita kebiasaannya menjadi penggerak kepada lelaki
semangat kepada lelaki
kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya
kejatuhan,keruntuhan seseorang lelaki juga adalah kerana wanita
lelaki boleh jadi sengal hanya kerana wanita
(knp aq guna istilah sengal ek?)
lelaki akan tunduk dengan wanita
contohnya,
Nabi kita, Rasulullah SAW
kejayaannya adalah kerana Khadijah dibelakangnya
menyokong setiap dakwahnya
sebab itu Khadijah adalah wanita yang akan masuk syurga
pernah dahulu Aisyah isteri Baginda memarahi baginda kerana tidak dapt lupakan Khadijah
akan tetapi Baginda menegur Aisyah
Baginda menerangkan pada Aisyah bahawa Khadijah penting dalam hidupnya
kerana Khadijah yang bersama-sama Beliau semasa ingin membangunkan Islam
Khadijah yang bersama-sama menyokongnya
jadi sebab itulah Baginda menyayangi Khadijah
contoh kalahnya lelaki dengan wanita pula adalah
ketika isteri Firaun,Asiah menjumpai bakul yang berisi anak lelaki
ketika itu, Firaun telah menitahkan bahawa semua anak lelaki harus dibunuh
kerana Firaun takut akan takhtanya dirampas
akan tetapi Asiah begitu menginginkan anak
Asiah telah memujuk merayu Firaun untuk menerima anak tersebut
memandangkan mereka tiada zuriat lagi
Asiah telah menggunakan kuasa wanita yang dia ada
untuk memujuk Firaun supaya menerima anak tersebut (Nabi Isa A.s)
akhirnya, kerana sayangkan isteri
Firaun mengalah dan menerima anak tersebut
banyak kisah mengenai Firaun kalah dengan isternya
tapi ini je yang dapat aq kongsikan bagi renungan kita bersama
heeee=D
Istiadzah pula memohon perlindungan
jadi lumrah memang seorang wanita ini dy sentiasa ingin dilindungi
kerana ramai tahu bahawasanya
wanita ini merupakan insan yang lemah
selain wanita ingin dilindungi lelaki
wanita juga seharusnya memohon perlindungan dari Allah
mohon perlindungan dari fitnah ke
dr disakiti atau bermacam-macam lagi
kes n sesuai utk tatapan sahabat saya yang terlampau cantik
hoho
susah jugak jd cantik n
kerap ditimpa fitnah
sbb tu antara sebab-sebab org memakai purdah
adalah kerana mukanya terlampau cantik ataupun terlampau hodoh
hal ini adalah untuk mengelakkan fitnah
hoho
saja selingan
memandangkan aq lupa ustaz huraikan apa ari uh pasal n
tapi tu antara bentuk perlindungan juga kan
heeee =D
Taat
wanita n tugas dy hanya perlu taat
jika belum khawin
wanita WAJIB taat pada ibu bapa
akan tetapi jika sudah menjadi isteri
mereka WAJIB taat pada suaminya
"syurga ANAK terletak di bawah tapak kaki IBU
syurga ISTERI terletak di bawah tapak kaki SUAMI"
antara wanita yang akan masuk syurga adalah isteri FIRAUN
ASIAH
hal ini adalah kerana
walaupun Asiah tidak memeluk islam
tapi beliau amat taat pada suaminya
walaupun suaminya jahat pada ketika itu
malah mengaku diri Tuhan
tetapi,
Asiah sentiasa akur pada suaminya
tidak pernah sekalipun membantah kata suaminya
jadi contohilah Asiah ye wahai wanita semua
kita takkan wujud di dunia ini tanpa rusuk seorang lelaki
ingat tuh!
A yang terakhir adalah Amanah
seorang wanita perlulah memegang amanah
terhadap dirinya sendiri,
harta suaminya,
keluarganya
dan banyak lagi.
aq ingin merungkai tentang amanah terhadap diri sendiri.
(sbb tu je yg aq ingat)
amanah pada diri sendirinya
adalah merangkumi dengan menjaga aurat kita sebagai wanita
bukankah diri kita n dipinjamkan sementara sahaja oleh Allah
jadi Allah telah mengamanahkan kita
untuk menjaga diri kita sebaiknya
oleh hal yang demikian,
seorang wanita sepatutnya menjaga mahkota dirinya
menjaga auratnya
(aq pun dlm usaha ini)
solat sentiasa tidak tinggal
kerana ini juga adalah amanah yang Allah beri terhadap diri kita
tahukah anda
apabila anda mati tubuh badan anda yang akan menjawab pertanyaan malaikat
mengenai amalan anda?
haaaa
kalo x tau n aq bgtw dh
hoho
nanti malaikat tanya pada tangan kita
apa yang kita wat dengan dy
kalo kita suka menderma dy akan ckpla kita n seorang yg suka menderma
andai kita n suka gunakan tangan kita utk buat pkr yang xelok
maka tangan kita akan bgtw pada malaikat
seterusnya kita akan mendapat azab kubur
Nauzubillah~~
oleh itu,
rakan-rakan wanita sedarlah ek
kita n pun xla sempurna mana
lelaki pun
oleh itu,kalo nak wat pape
ingatlah Allah itu ada
ustaz penceramah itu pun ada berpesan
jagalah kehormatan kamu wahai wanita
jika ingin mencurahkan kasih syg terhadap lelaki
jangan lupa cintamu pada Allah
kerana cinta pada Allah adalah hakiki
tiada yang dapat sangkal
kamu pasti tidak kecewa keranaNya
selangkah kamu dekat pada Allah
berlangkah2 Allah akan datang padamu
=D
oklah maaf andai ada tersalah kata
atau tersalah fakta
ini adalah antara yang aq ingat masa ceramah uh
memandangkan ceramah uh dah lama en
namun apa yang aq ingat sedikit sebanyak uh la yang aq kongsi dengan anda semua
jadi,sama-samalah kita renungi diri kita ye wanita
=D
muhasabah diri dapat bantu kita menegenal diri kita
perbaiki diri kita
bersama-samalah kita kearah kebaikan...
amin~~
p/s--> pasal lelaki akan dihuraikan nanti memandangkan tajuk ceramah uh sebenarnya wanita VS lelaki..hoho..btw,wada cepat sedar diri org wat assigment ko p update blog lak...aish!
No comments:
Post a Comment