di malam yang sepi ini
tiba-tiba aq teringatkan
sang arjuna
yang pernah memiliki hati ini dengan payahnya
dan akhirnya...
sang arjuna itu juga yang membuang bidadari ini dari hidupnya
mengimbas kembali kenangan silam bersama sang arjuna
membuatkan diri ini sayu
betapa sayunya hati ini
mengenangkan layananku terhadapnya dahulu kala
betapa teruknya diri ini
hinanya diri ini
mungkin ada hikmahnya diri ini dibuang
bagai sampah
yang akhirnya terumbang ambing
diri ini cuba bangkit dari zaman silam
tapi malangnya~~
diri ini tewas juga
mungkin sang arjuna telah berjumpa dengan peganti diri ini
yang lebih SUCI
yang lebih BAIK
yang lebih PADAN
yang lebih SEKUFU dengan dirinya
hurmmm
baguslah kan sang arjuna dah jumpa peganti buat dirinya
dan diri ini juga yang terumbang ambng tanpa tujuan
setelah ditinggalkannya
diri ini juga yang masih derita dalam kegembiraan
walaupun nyawa dan jasad masih disini
fikiran sentiasa menerawang terhadapnya
Astaghfirullahal'azim
aku dah jauh tersasar
lalai dengan cinta manusia
tapi apakan daya
lumrah manusia
bagaimana diri ini dapat mengawalnya
sang arjuna yang dahulunya begitu ikhlas mengambil diri ini
telah menanamkan benih cinta di hati ini
bagai telah tersemat di hati ini
bahawasanya dirinyalah milik diri ini
akan tetapi,apabila telah terjadinya perkara sebegini
tanpa diduga
telah membuatkan diri ini
lost~....hilang xpe arah tujuan
entahla...
xsemestinya orang yang kita syg uh kita akn dptkan
terkadang kita terpaksa juga melepaskannya
demi kebahagiaanya jua
oleh itu, aku ambil pendekatan ini
untuk menyedapkan hati yang lara ini
namun tidak berapa berjaya
temannya sering berkata
bahawasanya
dy msh mahukan aq...
aku buntu
aq bingung memikirkannya
tatkala aku mengambil keputusan untuk tidak memikirkannya
namun tatkala itu juga ianya hadir pada diri ini
wahai sang arjuna
ku seru padamu
katakanlah khabarkanlah pada diri ini yang sedang kebingungan
apa yang awak sedang lakukan
mungkin betul cara awak wahai arjuna
tapi mesti ada penyelesaiannya
selain dari membuang diri ini secara kejamnya
ibarat tiada maruah
meraih simpatimu
menagih nur.kasih sayangmu
ya!
diri ini sedar bahawa diri ini hina
bahawa diri ini xsempurna
diri ini keji
diri ini xlayak buat sang arjuna
tapi, diri ini masih menyayangimu
diri ini masih mengharap bahawa semua ini hanyalah mimpi
tatkala dirimu melangkah pergi
tatkala itu berbagai masalah tiba
diri ini menjadi semakin lemah
akibat goyah apabila tiada ikatan lagi
tiada dorongan lagi darimu
tiada kata-kata semangat darimu
kenapakah ujian dan dugaan buat diri ini berat ye?
semenjak pemergiaanmu
diri ini selalu digangu oleh wanita-wanita yang menginginkanmu
sepertiku
akan tetapi,
aku telah mengambil jalan berdiam diri
kenapa ye?
Mawaddah yang selama ini tegas
jadi sepasif-pasifnya apabila berkaitanmu
bagiku mungkin wanita itu juga mahukanmu
aq terasa seperti ingin mengundurkan diri
walaupun diri ini juga sepatotnya bersaing bagi meraih hatimu semula
tapi kenapa aku tidak mampu ye?
aku bingung dengan diriku sendiri
yang jadi semakin pasif
baru-baru ini pula
aq sering digangu oleh jejaka2
yang menginginkanku menjadi isterinya
penyeri hidup mereka
akan tetapi dengan mudahnya aq menolak
tanpa belas pula tu
aq menggunakan alsanmu
bagi menolak pinangannya
kejam jugakah aku?
yela,tidak menghargai cintanya...hmm~
malah baru-baru ini juga
aku diduga dengan tuduhan atau lebiih tepat fitnah
bahawasanya aq yang ergila-gilakan dirinya
sedangkan selama ini
dy yg mengejar aku
tergila-gilakanku
dari semasa aku bersamamu lagi
kenapa ye semua dugaan ini tiba
pada ketika dan masa engkau tiada di sisiku lagi
tiada di pangkuanku lagi
wahai arjuna?
wahai arjuna,aku memohon padamu
janganlah seksa lagi dirku dan begitu juga dirimu
aku tidak tahu kenapa aku begitu yakin
bahawa engkau masih ingin kembali kepangkuanku
tapi aku tidak tegar mempunyai saingan
tidak tegar melihat dirimu sedih
keranaku
sang arjuna,kembalilah kepadaku
cukuplah kita tahu masing2
dan aku akn menantimu hadir memetikku di taman
sementara menantinya tba waktu sedemikian
seandainya enkau wahai arjuna
tidak berkehendakkan menghubungiku
tidak apa2la
asalkan aku dan engkau tahu
kedudukan duduk pkr sebenar hubungan kita
wahai sang arjuna
maaf andai diri ini terlampau memaksa
tapi diri ini ikhlas menyayangimu selama ini
walaupun tidak dizahirkan
wahai sang arjuna seandainya anda membaca entri ini
diri ini mohon ditunaikan permintaan di atas
sesungguhnya diri ini amat menghargai dirimu selama ini
aku berjanji akn berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik
agar setaraf dengan dirimu
wahai sang arjuna,
sekali lagi diri ini memohon
agar diri ni tidak dibuang terus dari kamus hidupmu
sejahil-jahil manusia masih boleh berubahkan?
bimbinglah aku Ya Allah ke arah cintamu yang abadi
permudahkanlah urusanku
makbulkanlah permintaan hambamu yang jahil ini
amin~
*mcm takde laki lain je kat dunia n en..tapi nk wt cne itulah yang dinamakan cinta..:ayah kata*
No comments:
Post a Comment