Followers

Wednesday, August 11, 2010

nukilan buat bakal suamiku..hehe:D

Buat bakal Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama-sama membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..


Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan angkatan-angkatannya.


Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..


Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..


p/s: sooner later i would found my true match..not now but soon..now my lover is kim hyun joong and for sure SPM..sijil paling mnyeksakn..kui3

No comments:

Post a Comment