Followers

Tuesday, May 11, 2010

~rahsia wuduk~

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dlm Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu' sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dlm menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut dn lidahku ini" @ "Ya ALLAH, jadikanlah ku cuma bercakap perkara2 yg ENGKAU redha".


Penjelasan no 1 : Kita hari-hari cakap bende2 yang tidak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, putihkanlah wajahku di akhirat kelak sebagaimana ENGKAU putihkan wajah para Kekasih-MU".


Penjelasan no 2 : Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, berikanlah buku catatan amalku kpd tangan kanan ku ini dn hisaplah aku dgn hisap yg mudah".


Penjelasan no 3 : Ahli Syurga diberikan buku catatan amalannya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, janganlah KAU berikan buku catatan amalku ke tangan kiri ku ini dn janganlah ENGKAU sulitkan hisapku".


Penjelasan no 4 : Ahli neraka diberikan buku catatan amalannya di tangan kiri.


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, lindunglah aku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" @ "Ya ALLAH, naungilah aku dgn rahmat dn kasih sayang-MU".


Penjelasan no 5 : Panas di padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa telinga ku ini" @ "Ya ALLAH, perdengarkanlah aku cuma dgn perkataan2 yg ENGKAU redha".


Penjelasan no 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat,fitah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya ALLAH, tetapkanlah kaki ku di atas titian Siratul Mustaqqim sebagaiman ENGKAU tetapkan kaki para kekasih-MU".


Ahli Syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, jgnlah ENGKAU gelincirkan kakiku ke dlm lubang api neraka sebagaimana ENGKAU gelincirkan kaki para musuh-MU.Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid , surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.


Penjelasan no 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Cubalah kawan2 semua amalkan panduan ini dgn ikhlas dan istiqamah mengharapkn redha-NYA...insyaALLAH, dgn kasih syg-NYA kita semua akan mengecapi "rahsia wuduk" itu...hanya yg telah merasa mengetahui betapa besarnya kehebatan simbolik yg terkandung di sebalik kaifiat wuduk.......


MAHA SUCI ALLAH YG MAHA BESAR LG MAHA LUAS PENGAMPUNAN & KASIH SAYANGNYA..
.


p/s: copy from sumone

No comments:

Post a Comment